i love friendss!

Tuesday, November 16, 2010

kenanganku bertadarus

Aku rindu....Betul.. aku rindu...untuk menulis begini.. Menulis berkhayal bersama akal dan nafsu yang saling bergomolan.. Kini ia sudah hilang.. Hilang dalam keserabutan angka-angka dan kata-kata.. Yang sekarang ini bahasanya sering dikacukkan.. Aku rebah.. Aku sendiri hanyut.. Tidak mahu aku salahkan akalku yang menurut alam.. Nanti dikatakan aku tidak ‘cara’, tidak ‘terkemas kini’..
Dulunya aku takut.. Takut orang tidak suka.. Ah biarlah! Biarlah aku menulis secara santai.. Baru orang suka.. Sekarang orang sudah malas berfikir.. Mensuratkan yang tersirat sangat memeningkan.. Apa mahu susah, cakap saja terus terang! Tapi aku lalai.. Terus hanyut dibawa kesenangan itu.. Akhirnya aku terus menuju ke jeram yang mana kenal tetamunya.. Dihempas, dihentam, dihumban, diselam.. Semua itu memang sudah salamnya..
“ahh! sudahlah naniel! dah banyak kali kau macam nie.. takde pendirian.. hari nie putih, esok kelabu, lama-lama terus hitam!”
Ya! Aku tak nafikan.. Jiwa aku sudah dicampuradukkan dengan bermacam resipi.. Mungkin hari ini boleh manis, mana tahu esoknya pahit.. Jari aku menari mengikut perasaan.. Kalau gembira ditaburkan gula, jika kecewa ditaburkan cuka! Mengikut alam lebih mudah dari mengikut peraturan.. Yang terkadang peraturan itu aku sendiri yang fatwakan..


Photobucket

4 comments: