i love friendss!

Monday, January 10, 2011

ego lelaki "King Control" atau ego perempuan "Queen Control"

Situasi pertama


cinta siapa lebih ikhlas???
ada satu pendapat umum:
perempuan memberikan seks utk mendapatkan cinta.
sebaliknya:
lelaki memberikan cinta utk mendapatkan seks

benarkah?
cinta siapa lebih ikhlas???

Ada banyak keBENARannya....

siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak maka nilailah sendiri.

Perempuan memerlukan belaian CINTA buat mengisi kekosongan jiwa.

Maka di jawab oleh lelaki,jika kau mahukan cinta itu,kau harus berikan sex.

Perempuan terdiam,begitu mahalnya nilai sebuah cinta yang di tukarkan dengan sex.

Antara izin dan terpaksa,maka menyerahlah ia dalam dakapan/pelukan seorang lelaki....maka puaslah lelaki itu mendapatkan apa yang dia impikan selama ini,tetapi dalam masa yang sama ia turut berkata bahawa betapa murahnya nilai harga diri atau maruahnya seorang perempuan dalam mendapatkan sebuah cinta.

Tetapi,adakah perempuan akan mendapat cintanya?Mungkin...tapi hanya secebis,cinta yang diberikan yang secebis itu pun oleh si lelaki hanya kerana bermaksud kesudahan,akhirannya adalah sex.

Perempuan keliru dalam mencari makna cinta.Baginya,cinta itu adalah belaian jiwa,perhatian dan tanggungjawab.

Dimanakah sebetulnya cinta itu?

Oleh itu,wahai perempuan,cariklah lelaki yang akan bertanggungjawab ke atas dirimu....maka di situ akan lahirkan cinta tanpa paksaan.

Dan....lelaki ,apabila hilangnya rasa cinta pada perempuan maka ia tidak akan mahu lagi bertanggingjawab ke atas perempuan itu,sekalipun perempuan itu dan dia masih dalam satu ikatan.
Maka....berlakulah penganiayaan dan ketidakadilan dan hidup bagai gantung tidak bertali....hidup dalam penyiksaan...
Jika perempuan tidak mahu atau tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan begitu...maka akan terputuslah satu ikatan secara rasmi.

beri cinta sebab hendak dapatkan sex semata...

IBARAT---syaitan bertopeng manusia,pujuk rayu,kata-kata manis,akhirnya rebah dan ketawalah ia sebab manusia dah masuk dalam perangkapnya. 


Situasi kedua


Setiap manusia ada egonya yg tersendiri yg telah di nobatkan sejak awal kejadian lagi.Tetapi keegoan seseorang berbeza2 bergantung kepada: 
1. asuhan/didikan keluarga/Agama.
2. Pergaulan/masyarakat
3. kekayaan/kemiskinan
4. Berpangkat/biasa.
5. Orang kenamaan/biasa
Bagi mengatasi masalah ego ini, sy berpendapat tanamkan perkara2 berikut dalam diri kita:

1. Banyak2 bersabar
2. Fahami diri kita sendiri dan diri orang lain bahawa setiap org tidak suka kepada seseorang yg ego. Oleh itu jgnlah kita ego.
3. Berfikirlah dulu sebelum kita melemparkan kata2.
4. Keegoan itu adalah jln permulaan Syaitan utk bertindak, kerana syaitan amat sukakannya.Jadi kalau kita tak mahu jadi mcamnya cubalah sedaya upaya mengelakkan ego.
5. Islam juga tidak suka kpd ego, jadi kalau kita mahu jadi islam yg sebenar, cuba elahkan dari bersifat ego.

Pesanan utk diriku dan kwn2.tq





Photobucket

No comments:

Post a Comment